Terima kasih kerana mengajar aku untuk berkongsi air mata.
Terima kasih kerana mengajar aku untuk mengenali dunia luar.
Terima kasih kerana memberikan aku merasai erti di cinta.
Kini kamu menunjukkan aku satu pengalaman yang sukar.
Aku dihimpit perasaan merindui seseorang yang tiada penghujungnya.
Dan..perasaan baru yang aku pelajari dari kamu itu sebenarnya...
SENGSARA!
Aku kembalikan perasaan dihimpit kesunian itu kepada kamu.
Aku ingin kamu sendiri rasa bagaimana.
Aku ingin kamu mencari aku seperti kamu mula2 mengejar aku dulu.
Agar kamu sedar adakah pentingnya aku disisi kamu.
Dulu aku di depan kamu..
Setiap kali menoleh belakang,kamu sering memerhatikan aku.
Kerana aku terbiasa dibayangi kamu.
Kini aku pula dibelakang kamu..
Bezanya, kamu seperti tidak mehu menoleh belakang untuk memastikan adakah aku masih berdiri teguh atau jatuh.
Seprti ada benteng halimunan yang membuatkan kamu mula tidak menyedari kehadiran aku.
Mungkin ini detik dimana perjalanan kita sedang menempuhi jalan yang sukar.
Tiada pertelingkahan, tiada dendam.
Hanya senyap begitu saja.
Dan... aku tidak boleh menyalahkan sesiapa termasuk kamu.
Namun yang pasti, aku akan sentiasa menunggu keadaan pulih semula.
Walau apa pun yang aku lakukan..
Walau apa pun masalah yang kamu rahsiakan..
Walau apa pun yang terpendam dalam hati masing2..
AKU TETAP CINTA KAMU.
http://eyneesjournal.blogspot.com/2011/03/saya-nak-jadi-bintang-hati-awakboleh.html
ReplyDeletedah baca tok? :)
DAH.
ReplyDeletehuhuhu..
kita dalam boat yang sama.